Filed under: Uncategorized
Nampaknya hasrat untuk memindahkan blog Masin Asin Community ke WordPress kini dipertimbangkan semula. Nampaknya, Blogger masih merupakan blog yang mudah dikendalikan. Dengan ini Blog Masin Asin Community akan kekal di Blogger manakala Masin Asin @ WordPress pula akan terus beroperasi untuk meletakkan entry yang dilindungi oleh password.
Dengan ini, Masin Asin Community akan mempunyai dua blog — satu di Blogger dan satu lagi di WordPress. Masin Asin @ Blogger akan terus menjadi blog utama manakala Masin Asin @ WordPress akan menjadi blog secondary, hanya untuk memuatkan artikel yang perlu diberi status “private” yang hanya boleh dibaca oleh ahli komuniti dengan memasukkan kata laluan yang akan diberikan kemudian.
Dengan ini kebanyakan artikel dalam Masin Asin @ WordPress akan ditiadakan supaya tidak bertindih dengan artikel dalam blog Masin Asin @ Blogger.
Ruangan shoutbox juga diletakkan dalam kedua-dua blog berkenaan. Ia adalah shoutbox yang sama, jadi mereka yang meninggalkan pesanan di blog Masin Asin @ WordPress juga akan dapat melihat pesanan itu di blog Masin Asin @ Blogger.
Isu-isu teknikal berkaitan kedua-dua blog nampaknya hampir selesai dan selepas ini barulah dapat kembali aktif menulis dalam kedua-dua blog ini. Cheers…
Filed under: Uncategorized
Selamat datang ke Masin Asin at WordPress. Selepas berfikir panjang, Admin blog Masin Asin mengambil keputusan untuk meneroka kemungkinan untuk memindahkan blog ini dari Blogspot ke WordPress.
Setakat ini, usaha itu nampaknya menjadi, walaupun terdapat beberapa masalah, misalnya gambar-gambar dari blog lama tidak muncul dalam blog ini dan perlu dimuat-naik secara manual. Jika ada masa, ia akan dimuat-naik satu persatu.
Terdapat beberapa sebab mengapa perpindahan ini perlu dilakukan, satu daripadanya ialah untuk memastikan artikel yang bersifat private dapat dikekalkan sedemikain rupa supaya hanya ahli komuniti dapat membacanya. Ini dapat dilakukan dengan meletakkan kata laluan pada artikel yang berkenaan dan mereka yang mahu membacanya perlu memasukkan kata laluan yang akan diberitahu kemudian.
Ini adalah satu daripada contoh artikel berkenaan yang sudah diletakkan kata laluan. Artikel-artikel yang sedemikian sudah ditiadakan daripada blog Masin Asin yang lama.
Terdapat juga beberapa kekurangan dalam blog WordPress iaitu ruangan “tagboard” tidak dapat dimasukkan, tetapi Admin blog Masin Asin mengatasi masalah ini dengan meletakkan satu pautan (link) kepada ruangan shoutbox. Mereka yang ingin berbual atau meninggalkan pesanan boleh melakukannya melalui ruangan Masin Asin Chat dan menekan pautan “Chat Here” yang terdapat pada sidebar sebelah kiri.
Ruangan iklan juga tidak dapat dimasukkan dalam blog WordPress, tapi tak mengapalah. Berdasarkan pengalaman lebih dua bulan meletakkan iklan dalam blog, tak ada nampaknya pendapatan yang boleh diperolehi, kecuali jika blog mempunyai ribuan pengunjung seminggu.
Hmm… terfikir pula, apabila blog Masin Asin @ WordPress ini sudah beroperasi sepenuhnya, apa akan jadi dengan blog Masin Asin yang lama di Blogspot. Barangkali biarkan begitu atau tutup saja? Atau aktifkan semula apabila Blogspot meletakakn fungsi kata laluan untuk artikel yang bersifat private?
Filed under: Uncategorized
Filed under: Uncategorized
Filed under: Uncategorized
Filed under: Uncategorized
Filed under: Uncategorized



